Wednesday, September 7, 2011

Tanyalah Ustaz TV9 - 8/9/2011 Khamis

Tanyalah ustaz pagi ni menyentuh soal penawar.

Antara yang menarik perhatian saya:
Al-Quran boleh juga menjadi penawar kepada penyakit nyanyuk. Allah swt telah mengurniakan setiap manusia itu otak yang mengandungi 10 bilion neuron. Setiap hari neuron itu akan mati dan mati secara berterusan. Jikalau diri kita stress atau sering menghadapi perkara-perkara negatif maka neuron ini akan mati dengan lebih cepat. Akhirnya, bila umur kita panjang tetapi neuron yang banyak mati dahulu, maka itu yang akan menyebabkan nyanyuk.

Cara penyelesain:
Hendaklah kita sentiasa mengurangkan situasi kita dalam stress dan situasi negatif. Jikalau kita hadapi juga situasi tu maka terus banyak-banyak kan beristighfar. Satu lagi, hendaklah kita banyak membaca Al-Quran. Kerana dengan membaca Al-Quran boleh membina neuron. Walaupun kajian sains mengatakan jika neuron mati, ianya tidak boleh hidup kembali. Kuasa Allah swt tidak ada sempadan.

Ringkasan diatas adalah berdasarkan pemahaman saya ketika menonton rancangan Tanyalah Ustaz pagi ini. Jika ada yang bercanggah dengan penyampaian ustaz pagi tadi, betulkan saya. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment