Tuesday, September 6, 2011

Kempen membayar hutang Allah

Assalamualaikum,

Buat isteri tercinta, anak2 saya, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai
serta seluruh ummat muslimin dan muslimat. Semoga semuanya dilimpahi keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

3 hari sudah iaitu pada tanggal 5 September 2011 (yakni hari pertama permulaan kerja selepas cuti seminggu aidilfitri) tiba-tiba terlintas difikiran saya. Kenapa selama ini aku berusaha bersungguh-sungguh untuk membayar hutang duniawi. Tetapi tidak terlintas untuk membayar hutang pada Allah. Kita sibuk membayar hutang pada TNB, SYABAS, TM, CELCOM, MAXIS, INSURAN, ANSURAN KERETA, ANSURAN RUMAH dan bermacam-macam lagi hutang. Tetapi kita tidak sibuk untuk membayar hutang pada ALLAH yang menciptakan diri kita ini.

Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya dan kita semua untuk SIBUK BAYAR HUTANG PADA ALLAH mulai hari ini. Ada 2 hutang yang boleh kita lunaskan sebelum diri kita ke alam kubur. Sebelum jasad tidak boleh berbuat apa-apa, eloklah kita mulakan sesuatu. 2 hutang tersebut ialah HUTANG SOLAT & HUTANG PUASA. Disini saya akan tekankan HUTANG SOLAT dulu. Saya akan kongsikan disini cara saya melunaskan hutang solat ini. Kalau anda semua ada cara yang lebih baik sila lah kongsikan dengan kami semua disini. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat kali ganda buat anda.

1 comment:

  1. Seharusnya begitu, kerana setiap manusia pasti ada hutang salat dan puasa. Jadi jangan ingat tak ada hutang..bagus tuu...InsyaAllah sama sama kita buat biar lunas dan di lebihkan lagi. Kalau hutang 30 salat bayar 40 lebih baik.

    ReplyDelete