Friday, September 9, 2011

Kempen sedekah Al-Fatihah

Aku sedekahkan Al-Fatihah untuk junjungan nabi Muhammad saw, serta seluruh pejuang Islam, serta ayah ku, ibu ku, atok ku, nenek ku, serta sekalian ahli keluarga, sanak saudara serta seluruh ummat muslimin dan muslimat sama ada yang telah mati atau yang masih hidup. Al-Fatihah!

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah tiap-tiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Bagi yang masih belum jadikan ini sebagai amalan selepas solat, anda boleh boleh gunakan ayat diatas sebagai panduan.

Semoga, dengan sedekah Al-Fatihah kita tadi dapat memberikan ketenteraman dan kebahagian buat mereka yang telah meninggalkan kita. Semoga Allah swt meringankan hukuman buat mereka di alam kubur. Bagi kita semua yang masih hidup, semoga sedekah Al-Fatihah kita tadi dapat memberikan petunjuk kepada kita mencari jalan yang lurus ke arah Allah swt. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment