Thursday, December 8, 2011

TANYALAH USTAZ - 9/12/2011

TAJUK: Sempurnakah solatku?
PENYAMPAI: Ustaz Zaharudin

Q: Apakah perbezaan niat dan lafaz?
A: LAFAZ adalah perbuatan diluar solat. Ianya satu perbuatan bagi membantu menguatkan niat
kita sebelum solat. Ianya juga bukan satu bidaah dan bukan menjadi satu kesalahan jika dilakukan.
Jika tidak lafaz pun tidak mengapa sekadar cukup dengan niat sahaja.

NIAT pula adalah perbuatan didalam hati sewaktu mengangkat kedua-dua belah tangan sewaktu
permulaan takbir. Apabila mula mengangkat takbir maka bermulalah perbuatan solat. Jadi,
Niat itu adalah satu perbuatan yang wajib. Tanpa niat maka tidak sah solat.

Q: Bagaimanakah mengelakkan orang lain supaya jangan lalu didepan kita sewaktu sedang solat?
A: Sewaktu sedang solat kita di suruh meletakkan sesuatu didepan kita bagi mengelakkan sesiapa
sahaja lalu sewaktu kita sedang solat. Berdosa bagi orang yang lalu dihadapan orang yang
sedang solat menghadap Allah. Bagi orang yang sedang bersolat pula, anda hendaklah menghalang
orang yang nak lalu betul-betul dihadapan anda dengan tangan kanan dilintangkan kehadapan.

No comments:

Post a Comment