Sunday, December 4, 2011

Anak semasa 3 tahun

Nak menjaga anak semasa berumur 3 tahun tidak lah semudah seperti yang disangka, bahkan saya boleh katakan tak kira umur berapa pun, kita tidak boleh memandang ringan tetapi perlu membesarkan mereka dengan perancangan; bukan mendidik dengan spontan.

Ketika umur 3 tahun, mereka sudah boleh berkongsi permainan dan boleh membantu ibu bapa mengenakan pakaian kepada mereka. Kebanyakan sudah dilatih untuk ke tandas (toilet trained) atau paling kurang boleh memberitahu ibu bapa (nak shi-shi atau poo-poo).


(1) Pada umur 3 tahun, kanak-kanak suka bertanya banyak soalan. Tidak ada tapisan-tapisan (kalau dia nak tanya, dia akan tanya saja).

(2) Teruskan membaca buku kepada anak anda.

(3) Aturlah waktu untuk aktiviti luar (berjalan-jalan dilaman luar rumah atau playground).

(4) Teman / kawan bermain adalah penting. Biarkan anak anda berinteraksi dengan rakan sebaya (3 tahun dengan 3 tahun yang lain) dengan menghantar mereka ke nursery, playschool, taman kanak-kanak, kelompok bermain atau anak-anak jiran selama beberapa jam.

(5) Hal yang biasa bagi anak-anak di usia ini dengan memiliki teman khayalan.

(6) Hadkan menonton televisyen. Jangan menggunakan TV sebagai ‘baby sitter’ atau sebagai pengganti interaksi dengan anak anda. Tetapi, anda boleh menonton program kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan anak anda.

(7) Jangan bimbang jika anak mempunyai perasaan ingin tahu terhadap bahagian-bahagian tertentu tubuh. Hal ini normal pada usia 3 tahun. Selalu menggunakan istilah yang betul untuk alat kelamin.

(8) Anak-anak usia ini mula mengenali perbezaan gender dan akan berkata “Saya seorang budak perempuan (I’m a girl)” atau “Saya seorang budak lelaki (I’m a boy)”.

(9) Disiplin harus tegas dan konsisten, tetapi penuh kasih sayang dan pengertian. Pujilah anak anda untuk setiap perilaku dan prestasi yang baik.

(10) Kanak-kanak 3 tahun suka melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri.

(11) 3 tahun tidak faham lawak, komen berkias-kias atau ugutan palsu. Sebagai contoh, jangan mengugut untuk meninggalkan anak di pasaraya bila dia buat perangai (walaupun kita tahu kita takkan tinggalkannya) kerana dia akan rasa ugutan tersebut benar.

(12) Anak anda boleh terus menggunakan ‘security object’ (bantal busuk, selimut kegemaran, anak patung kegemaran). Hal ini normal dan anak akan tinggalkannya apabila dia bersedia (sesetengahnya sampai ke dewasa!).

(13) Sebarang acara/event/kenduri pastikan ianya dihadiri dalam jangka masa yang pendek dan sederhana. Anak-anak takkan tahan dengan kegiatan jangka masa yang panjang dan ia hanya akan menyebabkan mereka menjadi marah dan penat. Itu yang ibu bapa kata “buat perangai”.

(14) Persoalan tentang prasekolah biasanya muncul sekarang. Pusat penjagaan anak ditubuhkan untuk ibu bapa yang bekerja; tetapi walaupun ibu suri rumah & tinggal bersama anak-anak mereka, menghantar anak-anak beberapa kali seminggu (ke playschool) boleh membantu. Ibu boleh berehat dan anak-anak mempunyai kesempatan untuk bertemu rakan-rakan sebaya. Tetapi kejayaan atau kegagalan pra-sekolah akan bergantung pada keadaan anak-anak dan juga kualiti prasekolah. Sebagai contoh, jika anak anda nampak cemas dan takut untuk berjauhan dari rumah, mungkin dia belum bersedia untuk prasekolah (boleh latih kalau nak).

Dipetik dari http://www.zuraidizainol.com/

No comments:

Post a Comment