TAJUK. : Hijrah - bukan senang nak senang ( bahagian 1 )
PENYAMPAI: Ustaz
Q: Bukankah segala-galanya datang dari Allah, jadi mengapa kita perlu berusaha?
A: Cerita kesedapan sesuatu masakan itu semuanya Allah dah tentukan. Tetapi jika kita tidak berusaha untuk menambah perasa itu dan ini maka masakan tersebut tidak akan menjadi sedap.
Q: Antara usaha dan tawakkal yang mana kena didahulukan?
A: Cerita unta yang tidak diikat dan kencing berak merata-rata. Bila ditanya mengapa tidak diikat unta tersebut? Maka hamba Allah itu menjawab dia bertawakkal pada Allah. Maka Rasullullah memberitahu, berusahalah ikat unta itu dulu baru bertawakkal pada Allah.
Q: Bagaimana nak tanam dalam diri, bahawa kita ini bertuhan?
A: Sebelum tidur, berkatalah didalam hati sebanyak 3, 7 atau 11 kali dalam hati. "Allah bersama saya, Allah perhatikan saya, Allah menyaksikan saya". Amalkan dan anda akan menjadi seronok kerana Allah sentiasa bersama anda dan bukan hantu mak limah:)
No comments:
Post a Comment