Friday, August 19, 2011

Solat definasi waktu

Definasi waktu solat adalah peruntukan tempoh atau selang masa tertentu bagi masyarakat muslim menjalani syariat solat sama ada fardhu ataupun sunat. Penyusunan waktu solat fardhu telah diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardhu, waktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap. Hal ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Kerana itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.

Credit to:

1 comment:

  1. Pasal waktu solat ni saya teringatkan kata-kata ustaz saya. Beliau mengatakan, jika kita terbang dan melihat lawan arah putaran bumi, kita akan sentiasa dengar azan berkumandang setiap saat tanpa henti. Ini berdasarkan perbezaan waktu solat di setiap tempat. Subhanallah.

    ReplyDelete